08 November 2010

Laksa Janggus Balik Pulau



Pulau Pinang ni memang terkenal sebagai syurga makanan.Selalunya kalau ditanya apakah yang anda buat di sini biasanya ramai yang akan jawab,aku makan nasi kandar,kami makan laksa.Dan salah satu laksa yang sangat popular disini ialah Laksa Janggus Balik Pulau yang terletak di Balik Pulau.Sebelum ni popular hanya dikalangan masyarakat tempatan tetapi makin popular selepas muncul dalam rancangan JJCM.


Laksa Janggus ni diberi nama sebab kedainya terletak bawah pokok janggus.Pokok Jangguh tu sebenarnya ialah pokok Gajus atau dalam bahasa kelantan pokok ketereh.Tapi bagi masyarakat Balik Pulau mereka panggil laksa Timah sebab tauke dia bernama Timah.

Kedai Laksa Janggus ni terletak di Kampung Perlis Balik Pulau.Anda boleh datang melalui bukit Teluk Bahang sekiranya dari Batu Feringghi atau dari Bukit Baru Relau atau Teluk Kumbar.Memang kalau nak ke Balik Pulau ni akan menyebabkan kepala anda sedikit pening bagi yang kurang biasa namun keenakkan menikmati laksa kelak akan menyebabkan anda rasa berbaloi untuk kesini.

Kedai ini berkonsepkan layan diri ala-ala KFC dimana kadang-kadang pengunjung akan rasa seperti berada di rumah kenduri diwaktu kemuncak terutamanya waktu cuti sekolah.Kedai ini ditutup pada hari Rabu.Selamat Menjamu Selera :)

No comments:

Post a Comment