03 November 2010

Taman Negara Pulau Pinang

Keluasannya hanyalah 2,562 hektar dan diwartakan sebagai Taman Negara pada 2003. Ia turut mempunyai 46 spesies burung seperti burung raja udang, helang dan banyak lagi.

Terdapat sebuah tasik yang mengandungi dua lapisan air iaitu air sungai tawar di bahagian atas manakala air laut masin di lapisan bawah.Tasik yang diberi nama Tasik Meromiktik terletak di pantai Kerachut dan fenomena dua lapisan air itu hanya berlaku sekitar April dan Mei setiap tahun ketika peralihan musim antara dua monsun iaitu monsun timur laut dan monsun barat daya.

Ketika fenomena berkenaan berlaku, air di tasik seluas 2.7 kilometer persegi itu dipenuhi dengan pelbagai hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam. Tasik itu akan kering semula apabila perubahan musim monsun barat daya kepada monsun timur laut sekitar Oktober setiap tahun. Kesempatan itu digunakan pengunjung untuk mandi-manda kerana dipercayai air tasik itu mengandungi khasiat yang tersendiri.

Tambahan pula, keunikan tasik itu hanya terdapat di pulau ini dan Australia. Selain keunikannya, taman negara itu yang turut dikenali sebagai ‘Bay of Glowing Amber’ menawarkan pemandangan alam semula jadi menarik pada waktu senja menjadi tumpuan penyu untuk mendarat. Antara spesies penyu yang mendarat dan bertelur di pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi itu termasuk penyu agar (chelonia) dan penyu lipas (mydas).

Pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan di taman ini sama ada secara individu atau berkumpulan membabitkan aktiviti mendaki bukit, merentas hutan berenang, memancing, memerhati hidupan liar dan berkhemah. Kemudahan yang disediakan juga lengkap termasuk tandas, dewan, surau, bilik mandi, tapak perkhemahan, dapur memasak dan pondok wakaf

No comments:

Post a Comment