Recents in Beach

Chalet Nelayan Teluk Bahang







Hotel dan Chalet sportfishing ni telah diusahakan oleh Persatuan Nelayan kawasan Teluk Bahang dengan kadar yang berpatutan. Harganya bermula dari kadar rm80.00 bagi bilik bekeluarga sehingga kadar rm 210.00 dormitori (10 org). Namun harga bagi bangunan baru chalet pula bermula dengan kadar rm110 bagi bilik standard.

Chalet ini terletak berhampiran dengan pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang. kemudahan seperti tempat parking juga senang disini.namun jika anda ingin melakukan aktiviti pantai anda perlu pergi jauh sediki kerana lokasi chalet ini adalah tempat nelayan-nelayan mendarat.jika anda ingin mendengar suara ombak di waktu pagi,disinilah tempatnya :)

selain itu terdapat juga kemudaha surau dan dewan seminar bagi mereka yang datang secara berkumpulan.pihak pengurusan juga menyediakan khidmat sewaan bot memancing,BBQ dan jungle trecking oleh taman negara pulau pinang.

bagi yang berminat untuk menyewa chalet ini,bolehlah menghubungi persatuan nelayan teluk bahang 04-8852728 (chalet) dan 04-8851097 (pejabat).saya nasihatkan sesiapa yang nak stay kat sini.kena booking awal terutama pada cuti sekolah.so bagi yang punya bajet yang rendah,chalet ini sgt sesuai untuk anda :)

Post a Comment

0 Comments