Recents in Beach

Nasi Melayu di Penang



Kalau datang ke Penang ni, majoriti nak cari nasi kandar kan. Sana sini ada nasi kandar di Penang ni. Tapi bagi tekak yang tak boleh terima nasi kandar pulak macam mana.

Ni haaaa nak habaq mai, Syazana Nasi Melayu antara port yang boleh menjadi pilihan anda. Dengan bermacam macam pilihan lauk terdapat disini dan harga yang munasabah.

SYAZANA NASI MELAYU dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Waktu perniagaan pula bermula dari 10pagi hingga 4petang. Lokasi ialah di ASTAKA STADIUM BANDARAYA PULAU PINANG. So anda boleh google or waze ASTAKA STADIUM BANDARAYA PULAU PINANG.

Menu yang selalu jadi rebutan tentunya ikan sambal sumbat dan ayam goreng rangup. Selain itu gerai di kawasan berkenaan ada nasi ayam, bihun sup, mee jawa, pelbagai jenis air termasuk ais jagung yang sedap. So bagi orang luar yang masuk ke Penang anda boleh cuba makan di sana ya. Jemu wey, takkan setiap waktu makan nak pekena nasi kandaq kan. 

Post a Comment

0 Comments